Saturday, September 4, 2010

kita sahabat



Kita sahabat

Suatu petang kita bertemu dan berkawan.
Malam itu adalah kenangan kita yang mana
bintang dan bulan adalah saksinya.
esok paginya kau pergi, tinggal aku di sini
Memegang janji bahawa kita sahabat buat selamanya.

Hingga hari ini kita bertemu.
Selepas tak terkira pusingan jam.
Selepas kita bukan kanak-kanak lagi.
Selepas kita menjadi dewasa.
Dan mungkin di saat kita telah melupai janji.

Dengan senyuman kita gantikan kerinduan yang bertahun lamanya.
Dengan indahnya sebuah lagu tercipta.
Tentang memori kita bersama.
kita bertemu beribu lagi teman
tapi tak serupa dengan kamu
Kita dengar berjuta lagu indah tapi tak sama dengan lagu kita.

Di sini aku tahu, aku tak risau jika kau pergi lagi.
Tak takut jika janji tak sempat dibuat
Kerna aku tahu hingga hari kita bertemu lagi
Kita tetap sama.
Kita adalah sahabat.
Yang tak perlukan janji untuk bersama.











          












 



    







WISHES~
Yang selalu merinduimu
2008

No comments:

Post a Comment